Kelas Keusahawanan Asas Solekan (Mary Kay)

25 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat – 24 Ogos 2020, Pusat Internet Lubok Antu bersama dengan usahawan Mary Kay Lubok Antu telah mengadakan Kelas Asas Solekan yang diadakan selama 2 jam bermula pada jam 2.00 petang hingga 4.00 petang. Kelas ini diadakan di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu dan disertai oleh 10 orang peserta yang terdiri daripada belia dan suri rumah sekitar Lubok Antu.

Kelas ini adalah bertujuan untuk membantu belia dan suri rumah untuk memperkembangkan kemahiran dan bakat yang sedia ada. Dalam kelas ini para peserta telah diberikan kursus asas solekan menggunakan produk Mary Kay dan teknik makerting secara percuma. Selain itu, kelas ini diharapkan dapat membuka peluang perniagaan kepada penduduk di sekitar Lubok Antu.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Sesi pendaftaran
2. Pengenalan kepada asas solekan menggunakan produk Mary Kay & teknik marketing
3. Praktikal asas solekan yang telah dikongsikan
4. Bersurai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali